Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Malaysia mampu tewaskan Indonesia – Hamidin


PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menuntut komitmen seratus peratus daripada para pemain dan pegawai skuad Harimau Malaya bagi misi wajib menang ke atas Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan B, Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura, Ahad ini.

Tegasnya, dia mempunyai keyakinan tinggi terhadap pasukan dan akan dapat mengalahkan Indonesia dengan berbekal komitmen semua pemain, pegawai serta strategi yang betul.
“Strategi berserta kemahuan para pemain ini adalah mustahak untuk kita adunkan dengan sebaik mungkin apabila turun berdepan Indonesia nanti.
“Bagi saya, lawan Indonesia ini langsung tak mustahil untuk kita menang sebenarnya. Saya tahu kita boleh bermain dengan lebih baik dan boleh menang.
“Semua ini menuntut komitmen seratus peratus daripada semua pemain dan pegawai untuk tempoh dua tiga hari menjelang perlawanan pada Ahad ini,” kata Datuk Haji Hamidin ketika mesyuarat secara dalam talian dengan skuad Harimau Malaya, hari ini.
Pada masa sama, Hamidin tetap mahukan para pemain berhati-hati dan lebih berwaspada supaya tidak tercicir mata pada aksi bertemu Indonesia itu.
“Cuma sedikit ‘disadvantage’ kepada kita yang mana kita wajib menang, tak boleh seri. Kalau kita sudah mendahului satu gol pun, Indonesia masih boleh samakan kedudukan pada minit akhir.
“Jadi kita kena berhati-hati kerana kalau seri, kita gagal layak ke separuh akhir. Saya fikir pemain sudah pasti tahu tugas dan tanggungjawab mereka. Saya yakin Harimau Malaya mampu melakukannya,” tegasnya.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: