Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Hadiah tahun baharu buat rakyat Thailand – Siwarak Tedsungnoen


Siwarak Tedsungnoen percaya sasaran kejuaraan Piala AFF 2020 adalah hadiah buat semua rakyat Thailand. (Foto : Bangkok Post)

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BEKAS kapten Thailand, Siwarak Tedsungnoen menyifatkan keazaman Gajah Perang untuk merampas kembali mahkota Piala AFF 2020 adalah sebagai hadiah Tahun Baru untuk rakyat Thailand.

The War Elephants kini memegang tempat No.1 dan memerlukan keputusan seri untuk memenangi kumpulan dan mengelak pertarungan separuh akhir menghampiri dengan juara bertahan Vietnam, yang berkemungkinan menduduki tempat teratas dalam kumpulan lain.

Penjaga gol veteran Buriram United itu,  yang tidak disenaraikan dalam skuad kali ini nyata  tidak berkecil hati dengan keputusan tersebut.

“Kami semua telah berlatih dengan sangat gigih dan ia membantu terdapat jurang antara perlawanan dalam kejohanan ini.

“Alexandre Polking seorang jurulatih yang baik dan juga peramah. Dia menerangkan taktikal secara terperinci.

“Suasana dalam pasukan sangat hebat kerana kami terus memberi semangat dan ketiga-tiga penjaga gol dalam skuad sentiasa membantu antara satu sama lain semasa latihan.

“Kami semua melakukan yang terbaik dan komited untuk memenangi trofi sebagai hadiah Tahun Baru untuk peminat Thailand,” katanya dipetik menerusi Bangkok Post.

Untuk rekod, kali terakhir Thailand bergelar juara adalah pada 2016 dimana sebelum itu meraihnya pada 1996,2000,2002 dan 2014.

Gajah Perang juga pernah menamatkan saingan Piala AFF dengan gelaran naib juara pada 2006/07, 2008 dan 2012.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading