Bola Sepak

Piala AFF 2020: “Perlu menang dalam apa jua situasi” – Cheng Hoe


Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui perlawanan bertemu Indonesia Ahad ini merupakan aksi ‘perlu menang’ dalam apa jua keadaan.

Menurut Cheng Hoe,53, dalam tempoh dua tiga hari sebelum perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki ini, pemain-pemain perlu tetapkan minda untuk persediaan perlawanana ini.

“Apa sahaja situasi, kita perlu menang dengan apa sahaja sebab. Harap pemain-pemain yakin dan tidak terganggu dengan benda-benda lain termasuk media sosial. Fokus hanya kepada perlawanan dengan Indonesia,” jelasnya pada sidang media pada Khamis.

Mengulas mengenai prestasi Indonesia setakat ini yang menyaksikan mereka berjaya mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan ke atas Vietnam pada Rabu, Cheng Hoe mengakui skuad Sang Garuda mempunyai disiplin yang tinggi.

“Saya rasa kalau lihat daripada corak permainan semalam, mereka banyak bertahan sahaja. Perancangan untuk mendapat satu mata berjaya dengan bertahan cukup disiplin dan melihat mereka menghalang serangan-serangan dengan baik.

Pemain-pemain kebangsaan menjalani latihan menjelang perlawanan bertemu Indonesia Ahad ini. Foto: FAM

“Dua perlawanan mereka (Indonesia) yang lepas kita nampak kekuatan mereka dan  semangat begitu tinggi. Tahap kecegercasan mereka juga cukup baik kerana mempunyai latihan persiapan yang baik di Turki sebelum ini.

“Malah mereka juga mempunyai muda yang bersemangat yang tinggi dan itulah salah satu kekuatan mereka.

“Namun kita tidak boleh menjadikan kekuatan mereka itu sebagai ‘negative mindset’ kerana kita perlu menggalas dengan baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cheng Hoe turut berkongsi sudah bertemu dengan pemain Malaysia-Belgium Dion Cools pagi ini.

“Kesemua pemain sudah ada namun pada perlawanan Ahad ini hanya Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad sahaja yang berdepan dengan kecederaan ‘hamstring’.

“Harap kita dapat lalui halangan terbesar (bertemu Indonesia) dan separuh akhir nanti kita akan tengok.”

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: