Oleh : SUBKHI SUDARJI
MAJLIS Sukan Negara (MSN) telah mengenalpasti 32 pelatih bagi menyertai Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD) bagi kemasukan tahun 2022.
Baki 13 lagi pelatih bagi melengkapkan senarai 45 pemain yang terpilih adalah daripada generasi yang lahir pada tahun 2009 dan juga merupakan kumpulan ke 8 AMD akan dikenalpasti selepas pemilihan akhir yang diadakan ketika Karnival Kebangsaan Akademi Tunas yang berakhir pada Rabu.
Menerusi perkongsian Program Pembangunan Bolasepak Negara dalam Facebook rasmi, sesi taklimat AMD telah disampaikan Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan (BPS) MSN, Safrul Sahar Yusoff, Pengurus Besar NFDP, Muhamad Yusuf Ibrahim dan Pengurus AMD, Mohd Zairul Faiz Zanudin.
“Ibubapa dan pelatih terlibat juga dibawa melawat ke sekitar AMD bagi melihat fasiliti dan kemudahan sedia ada yang bertaraf antarabangasa yang disedikan untuk semua pelatih di AMD.
“Pelatih-pelatih ini nanti akan meneruskan sesi persekolah di Regent International School pada tahun hadapan,” ujar kenyataan tersebut.
Turut hadir bersama dalam sesi taklimat, Ketua Cawangan Sukan Berpasukan, Bahagian Pembangunan Sukan MSN, Shukri Harun, Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichalalene dan barisan Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) seluruh Malaysia.
Add Comment