
Oleh : SUBKHI SUDARJI
DINOBATKAN selaku penjaring tempatan terbanyak Liga Premier musim ini, Nurshamil Abd Ghani masih belum puas sepenuhnya dengan sasaran membawa Kelantan FC beraksi dalam saingan Liga Super 2023.
Meledak sembilan gol musim ini, pemain kelahiran Melaka tekad memastikan musim depan akan menghadirkan keputusan positif buat pasukan dan melonjakkan kariernya.
“Untuk musim baru ini, tidak lain tidak bukan saya mahukan jaringan. Saya harap tahun ini jadi pembakar semangat kepada saya untuk jadi lebih baik.
“Musim ini saya jaringkan sembilan gol dan untuk musim akan datang, saya harap mampu dapatkan samakan jumlah itu atau pun lebih lagi.
“Sasaran paling besar saya pastinya mahu bantu pasukan naik ke Liga Super,” katanya yang terus kekal bersama Kelantan FC musim 2022.





Add Comment