Bola Sepak

UiTM FC bakal ‘bertukar tangan’ pemilik musim depan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KELAB  Bolasepak Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) bakat tampil dengan lebih menyakinkan dan berwajah baharu apabila bakal diambil alih syarikat korporat untuk mengharungi saingan Liga Premier musim 2022.

Syarikat berkenaan yang menjalankan perniagaan perdagangan dan dimiliki anak tempatan ini telah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pengurusan UiTM FC bagi hasrat tersebut.

“Perbincangan berjalan lançar dengan kedua-dua pihak memahami tanggungjawab serta kehendak masing-masing, buat masa ini hanya kata putus diperlukan.

“Jika segalanya berjalan lançar, syarikat yang berpengkalan di Malaysia ini akan mempunyai pegangan 80 peratus syer UiTM FC dan akan mentadbir UiTM FC bagi saingan musim dekan,” jelas sumber terbabit.

UiTM FC adalah kelab bola sepak yang berpangkalan di Shah Alam, Selangor, Malaysia dan  beraksi Liga Premier 2022.

Ditubuhkan pada tahun 2008, gelanggang rasmi pasukan ini adalah di Stadium UiTM dengan kapasiti 10,000 tempat duduk. Kelab ini juga dikenali dengan gelaran The Lion Troops.

UiTM FC membuat kemunculan dalam bola sepak Malaysia dengan menyertai tahap ketiga Liga Malaysia iaitu Liga FAM Malaysia pada tahun 2009. 

Kelab ini menduduki tempat ketiga pada tahun Liga FAM 2012 dan dinaikkan pangkat ke liga peringkat kedua, Liga Premier Malaysia pada tahun 2013 bagi menggantikan USM FC, yang menarik diri dari Liga Premier Malaysia akibat masalah kewangan.

Pada 25 Julai 2010, kelab ini memenangi edisi pertama Liga IPT dengan mengalahkan UKM FC 3-0 di perlawanan akhir berlansung di Stadium UiTM. 

Pada musim 2017, UiTM FC berjaya melayakkan diri ke Piala Malaysia buat kali pertama sejak penubuhan kelab. Untuk musim 2019, UiTM FC berjaya mendapat posisi ke-5 dalam liga. 

Bagaimanapun, disebabkan perubahan status PKNS FC kepada pasukan feeder Selangor FA, UiTM FC mendapat kenaikan pangkat untuk bermain dalam Liga Super Malaysia 2020 secara merit. 

Ia adalah kali pertama UiTM FC akan bersaing dalam liga bahagian tertinggi sejak penubuhannya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: