Oleh : SUBKHI SUDARJI
INDONESIA membuktikan statusnya selaku salah satu pasukan pilihan ke separuh akhir apabila berjaya mengikat juara bertahan Vietnam, 0-0 pada aksi Kumpulan B Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.
Naib juara lima kali Piala AFF itu nyata mempamerkan tahap disipilin yang tinggi apabila berjaya mengekang serangan bertali arus Vietnam untuk memastikan satu mata berjaya diraih.
Keputusan seri yang diraih kedua-dua pasukan khususnya Indonesia ini umpama malapetaka buat Harimau Malaya yang perlu menang pada aksi terakhir 19 Disember ini seandainya berhasrat melangkah ke separuh akhir.
Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, babak pertama mempamerkan corak permainan satu hala dengan Vietnam berterusan memburu gol namun Indonesia kental mempertahankan kedudukan tanpa bolos pada 45 minit pertama.
Skrip yang sama juga ditonjolkan pada babak kedua walaupun Vietnam melakukan beberapa pertukaran pemain namun Sang Garuda tetap utuh mempertahankan keputusan untuk kedua-dua berkongsi satu mata.
Keputusan seri diraih Indonesia ini meletakkan mereka ditangga ke atas Kumpulan A dengan mengumpul tujuh mata manakala Vietnam ditangga kedua yang diberikan jaringan.
Indonesia hanya memerlukan keputusan seri pada aksi terakhir menentang Malaysia, 19 Disember ini manakala Vietnam bakal menentang Kemboja.
Add Comment