Bola Sepak

Sri Pahang FC terima suntikan tajaan pakaian bernilai lebih sejuta


Mohamed Suffian dan Noor Soallihin (tengah) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan Kelengkapan Sukan untuk Pasukan pada Selasa. Foto: Sri Pahang FC

PEMBEKAL dan pengilang pakaian sukan Hakka Clo tampil menaja kit pasukan Sri Pahang FC selama dua tahun bermula musim 2022/2023.

“Sri Pahang FC merupakan pasukan bola sepak profesional tempatan terkenal yang telah lama ditubuhkan semenjak tahun 1959 lagi.

Sri Pahang FC telah bersetuju untuk menerima tajaan dan bekerjasama dengan syarikat pengilang bumiputera berjenama tempatan Hakka Clo dalam sama-sama memacu menaikkan nama Sri Pahang FC sebagai sebuah pasukan yang disegani  dalam Liga Super Malaysia untuk musim 2022/2023 nanti, Insya-Allah,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Hakka Clo Plt Noor Soallihin Mohamed dalam satu kenyataan media.

Ketua Pegawai Eksekutif Sri Pahang FC Datuk Mohamed Suffian Awang telah bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Penajaan Kelengkapan Sukan untuk Pasukan dengan jumlah keseluruhannya RM1,131,533 bertempat di Sri Pahang FC Lounge pada Selasa.

Hakka Clo Plt yang beribu pejabat di One Industrial Park, Seri Kembangan, Selangor merupakan pengilang dan pembekal kelengkapan sukan bumiputera berjenama tempatan yang eksklusif dan berkualiti tinggi.

Hakka Clo telah beroperasi lebih 10 tahun di dalam perniagaan pembekalan kelengkapan sukan sebelum mengembangkan perniagaannya lagi dengan pembukaan kilang pembuatan Jersi Sublimation sendiri di Seri Kembangan Selangor pada tahun 2016.

Kini Hakka Clo dibantu lebih 50 Rakan Pengedar di seluruh negara di dalam memasarkan produknya sendiri seperti baju kasual, jersi, seluar sukan, tudung sukan, jaket serta kelengkapan dan pakaian sukan yang lain.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: