Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Slot separuh akhir hampir pasti milik Singapura


Oleh : SUBKHI SUDARJI

JUARA empat kali Piala AFF, Singapura dilihat calon utama yang ‘sudah’ menempatkan slot separuh akhir dengan aksi menentang Timor-Leste di Stadium Nasional, Singapura malam ini dijangka memihak tuan rumah.

Berdepan Timor-Leste yang sudah pun terkeluar dalam saingan kedudukan dua terbaik Kumpulan A, Singapura yang meraih kejuaraan pada 1998, 2004, 2007 dan 2012 pastinya akan memanfaatkan peluang dengan meraih mata penuh untuk mengesahkan kelompok empat terbaik.

Jurulatih Singapura kelahiran Jepun, Tatsuma Yoshida pastinya memberikan rehat sepenuhnya buat pemain utama dengan aspek penggiliran pemain akan diutamakan ketika ini.

Jelasnya, kemenangan menentang Myanmar dan Filipina telah meletakkan Lions pada kedudukan yang kukuh dan dia merasakan pasukannya hanya beraksi pada 70-80 peratus dari prestasi sebenar.

“Kami mempunyai rehat yang baik yang penting jadi kami mahu memastikan bahawa kami tidak kehilangan momentum kami.

“Dari segi keputusan, kami 100 peratus menang etapi berdasarkan potensi kami, saya akan katakan kami berada pada 70 peratus atau 80 peratus tetapi pasti ada ruang untuk penambahbaikan,” tegasnya.

Tambahnya lagi, dia akan mempertimbangkan untuk menggilirkan skuadnya bergantung kepada faktor tertentu sambil turut mengesahkan bahawa dia telah kehilangan penyerang utama untuk kejohanan itu kerana kecederaan.

“Malangnya kami telah kehilangan Gabriel Quak kerana dia akan menjalani pembedahan kerana kecederaan dan itu sangat mengecewakan kerana dia adalah pemain penting bagi kami tetapi sebaliknya saya akan memilih pemain terbaik yang ada dan dalam keadaan terbaik,” ujarnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: