Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Gandingan Dominic dan Cools jadi taruhan


Dominic Tan bakal menjadi taruhan bergandingan dengan Dion Cools selepas kecederaan Aidil Zafuan dan Shahrul Saad.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

GANDINGAN Dominic Tan dan Dion Cools bakal menjadi taruhan benteng Harimau Malaya pada aksi getir terakhir menentang Indonesia, 19 Disember ini.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, Cools dijangka tiba di Singapura, Khamis ini (16 Disember) dan menjalani latihan bersama pasukan.

“Tiada tempoh kuarantin terhadap Cools dan kami mengharapkan dia berada dalam keadaan cergas sepenuhnya walaupun ada perbezaan dari segi cuaca dan masa.

“Kami percayaa dia (Cools) sudah bersedia sepenuhnya untuk membantu pasukan selain pernah beraksi pada Jun 2021 pada aksi persahabatan di Dubai sebelum ini.

“Dia memiliki pengalaman dan akan mampu menyejukkan keadaan pasukan ketika ini,” ujarnya pada sidang media secara maya, sebentar tadi.

Cheng Hoe turut memaklumkan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad akan terlepas aksi terakhir Kumpulan B Piala Suzuki AFF 2020 menentang Indonesia ekoran kecederaan hamstring.

“Kehilangan dua tonggak utama ini pastinya memberikan kesan  pada pasukan namun kami percaya gandingan Dominic dan Cools mampu mampu menggalas tugas yang ditinggalkan,” ujarnya.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: