Bola Sepak

Milo-FAM jalin kerjasama demi ekosistem bola sepak akar umbi


Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan MILO®️, Nestlé (Malaysia) Berhad (kiri) bersama Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar pada majlis Kerjasama Milo-FAM pada Selasa.

DENGAN menumpukan fokus utama terhadap latihan kemahiran bola sepak peringkat akar umbi, jenama minuman coklat berkhasiat terkenal Milo menjalin kerjasama bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tempoh lima tahun.

Kerjasama ini telah menyemarakkan kembali hubungan antara kedua-dua pihak yang sudah lama terjalin sejak akhir 1980-an dan awal 1990-an menerusi penganjuran pelbagai kejohanan bola sepak akar umbi yang telah melahirkan beberapa pemain legenda negara.

“Mengorak langkah ke era baharu, FAM-Milo menyasarkan untuk membangun asas bola sepak dan kejurulatihan dari peringkat akar umbi bertujuan menyemai benih untuk masa depan bagi golongan muda.

“Sehingga kini sebanyak 122 akademi dan 10,000 pemain berdaftar dia bawah Piagam Super Rimau dan berharap akan mempunyai lebih 800 akademi dan 100,000 pemain dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kita juga tidak boleh mengetepikan bakat jurulatih kerana merekalah yang memupuk dan membentuk pemain-pemain hari ini.

“Kini terdapat lebih seribu jurulatih akademi dan berharap akan bertambah kepada 5,000 jurulatih pada tahun 2026,” jelas Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam ucapan perasmian kerjasama ini secara atas talian pada Selasa.

Milo dan FAM melancarkan kerjasama lima tahun bagi melestarikan masa hadapan generasi pelapis bintang bola sepak menerusi ekosistem pembangunan bola sepak akar umbi bersepadu.

Kini Milo dan FAM melangkah lebih jauh untuk memartabatkan lagi masa hadapan bola sepak tanah air.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading