Bola Sepak

Piala AFF 2020: “Lulus jika atasi Vietnam atau Malaysia”


Pemain-pemain Indonesia merai kemenangan ke atas Laos sebelum ini. Foto: PSSI

Oleh: AMMAR HAZIQ

KEUPAYAAN sebenar pasukan Indonesia di Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 akan teruji apabila bertemu juara bertahan, Vietnam pada Rabu ini dan seterusnya Malaysia pada 19 Disember ini.

Rata-rata penyokong Sang Garuda menyatakan ujian sebenar pasukan berkenaan adalah menghadapi dua lawan tersebut dan perlu menang sekurang-kurangnya satu daripada dua perlawanan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Mereka berkata, kemenangan mengatasi Kemboja 4-2 dan Laos 5-1 pada dua perlawanan awal Kumpulan B wajar diteruskan pada pertemuan bertemu Vietnam dan Malaysia pula.

“Lawan sebenarnya itu Vietnam dan Malaysia. Itu baru akan diuji kekuatan timnas Indonesia,” ulas seorang penyokong Indonesia, Toni di ruangan komen Facebook Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Penyokong Indonesia juga berharap konsistensi dan ketajaman serangan Sang Garuda di hadapan pintu gol lawan perlu diteruskan dan diterjemahkan dalam dua aksi terakhir tersebut.

“Masih harus waspada. Timnas belum tentu lolos jika tidak mengalahkan tim antara Vietnam atau Malaysia. Jadi wajibkan kalahkan salah satu dari dua tim ini,” tulis Andira pula.

Bagi Toni pula, kejaguhan dan kebangkitan sebenar pasukan Indonesia bakal diakui jika dapat menjinakkan Vietnam pada kejohanan utama bolasepak di Asia Tenggara ini.

Indonesia dan Vietnam akan bertemu pada 15 Disember ini sebelum aksi terakhir kumpulan menentang Malaysia pada 19 Disember.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading