Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Singapura iringi Thailand ke peringkat separuh akhir


Oleh : SUBKHI SUDARJI

SINGAPURA melengkapkan dua pasukan terbaik Kumpulan A selepas menewaskan Timor-Leste, 2-0 pada aksi ketiga Piala AFF 2020 di Stadium Nasional, sebentar tadi.

Kemenangan ketiga diraih ini memastikan sembilan mata dan mengiringi Thailand yang lebih awal mengesahkan kemaraan selepas menang 2-1 ke atas Filipina pada aksi disebelah petang.

Juara Piala AFF empat kali itu bagaimanapun diberikan tentangan sengit lawan yang sudah pun terkeluar dari perebutan kelompok dua terbaik disepanjang perlawanan.

Tuan rumah terlebih dahulu mengamatkan sorakan penyokong apabila memperolehi gol seawal minit ke -4 menerusi Adam Swandi namun selepas itu Singapura dilihat sedikit tertekan dengan corak permainan yang dijelmakan lawan.

Memasuki babak kedua sepanjang 25 minit pertama turut memperlihatkan tentangan sengit dari Timor Leste sehinggalah Singapura memperolehi gol kedua menerusi Shakir Hamzah pada minit ke-70 dan keputusan 2-0 itu kekal sehinggalah tamat perlawanan.

Selepas ini Singapura bakal berdepan Thailand pada 18 Disember yang merupakan aksi terakhir peringkat kumpulan bagi kedua-dua pasukan dimana keputusan perlawanan akan menentukan siapa yang akan menerajui Kumpulan A.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading