Bola Sepak

Piala AFF 2020: Pasukan Indonesia kecewa makanan ‘kotak’ tak cukup nutrisi


ISU pemakanan sekali timbul di perkampungan Piala AFF Suzuki 2020, Singapura apabila penolong jurulatih Indonesia Dzenan Radoncic berkongsi kekecewaan.

Radoncic mengeluh mengenai makanan yang disediakan oleh pihak pengurusan kepada semua pasukan yang menyertai kempen kali ini.

Menurut Radoncic, mereka hanya mendapat ‘makanan kotak’ yang amat mengecewakan kerana semua pemain memerlukan nutrisi yang sesuai bagi prestasi baik dalam perlawanan.

“Begitulah cara mereka melayan orang-orang yang berasa dalam sistem ‘bubble’ di Singapura! Bukan manusia! Semoga sukses di AFF Suzuki Cup,”tulisnya.

Sebelum ini timbul juga isu makanan yang kurang memuaskan bagi pasukan lain apabila pihak penganjur hanya menyediakan makanan ‘cukup-cukup’ yang dibungkus (tapau) kepada setiap pasukan dan bukannya seperti secara bufet seperti sebelum ini.

Pihak penganjur berbuat demikian bagi mengelak daripada jangkitan Covid-19 di tempat ramai orang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: