Bola Sepak

Pasukan hoki wanita kembali ke tanah air, dua pemain masih di Donghae


SKUAD Projek Khas Wanita Kebangsaan pulang ke Malaysia pada Isnin selepas menjalani tempoh kuarantin panjang di Donghae, Korea Selatan.

Bagaimanapun dua pemain yang baru-baru ini telah disahkan Positif Covid-19 ketika ujian calitan dilakukan, masih lagi perlu menjalani proses kuarantin yang akan berakhir tidak lama lagi.

Menurut Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Ketua Jurulatih, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim dan Pengurus Pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani akan terus berada di Donghae dan pulang bersama dua pemain tersebut beberapa hari lagi bagi memastikan kebajikan dan keselamatan pemain tersebut dijaga.

Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan berlepas pulang ke Malaysia jam 10.30 pagi ini (waktu Korea) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang (KLIA) jam 7.40 malam ini.

Mereka juga akan menjalani proses kuarantin wajib yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia selepas selamat tiba.

Sebelum ini dilaporkan skuad projek wanita ini tidak dibenarkan beraksi dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (Wanita) 2021 berikut terbabit dengan kes positif Covid-19.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: