Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Kemenangan ini hadir tepat pada masanya – Tae Yong


Ketua jurulatih Indonesia,Shin Tae-Yong

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Sang Garuda, Shin Tae-yong menyifatkan kejayaan menewaskan Laos 5-1 pada aksi kedua peringkat Kumpulan B, Piala AFF 2020 petang semalam hadir tepat pada masanya,

Menang 4-2 mengatasi Kemboja pada aksi pertama Khamis lalu, Indonesia terlalu hebat buat Laos yang terpaksa menerima kekalahan kedua dalam kejohanan kali ini selepas kecundang kepada Malaysia pada aksi pertama 1-3.

Bagi Tae- yong, skuadnya berhak meraih tiga mata dengan apa yang dipamerkan pemainnya untuk memastikan keputusan positif diraih.

“Tahniah kepada pemain di atas kemenangan, semuannya telah bekerja keras dan walaupun kami memperkenalkan beberapa pemain baharu hari ini, ini adalah kemenangan yang diperolehi oleh kesemua 30 pemain dalam skuad itu.

“Kami tahu bahawa akan ada perlawanan yang lebih sukar di hadapan jadi kemenangan ini boleh memberi keyakinan dan jika kami bermain dengan berani maka saya pasti kami boleh memperoleh keputusan yang lebih positif pada masa hadapan.” ujarnya pada sidang media selepas perlawanan, petang semalam.

Pada perlawanan tersebut, Indonesia dipaksa bekerja keras pada separuh masa pertama apabila hanya berjaya mendahului Laos, 2-1 hasil jaringan Asnawi Mangkualam pada minit ke- 23 dan Irfan Jaya (m-34) sebelum Laos merapatkan jurang hasil jaringan Kydavone Souvanny pada minit ke-41.

Separuh masa kedua mula memperlihatkan penguasaan Sang Garuda apabila menambah tiga lagi gol menerusi Witan Sulaeman minit ke-56, Ezra Walian (m-77) dan Evan Dimaz minit ke-84 untuk memastikan kemenangan mutlak Indonesia.

Kemenangan kedua diraih Indonesia ini meletakkan mereka selaku juara Kumpulan B berkongsi enam mata bersama Vietnam yang dibezakan dengan jaringan gol berada ditempat kedua manakala Malaysia dikedudukan ketiga mengutip enam mata selepas tiga perlawanan.

Indonesia dan Vietnam akan bertemu pada 15 Disember ini bagi perlawanan ketiga buat pasukan masing-masing dengan kemenangan yang diraih akan mengesahkan kemaraan ke pentas separuh akhir.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: