
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui skuad bimbingannya bertemu lawan sebenar dan terpaksa akut dengan kekalahan 0-3 kepada Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan B, Piala AFF 2020, semalam.
Ujar pengendali kelahiran Alor Setar, Kedah berusia 53 tahun itu, mereka tewas kepada pasukan yang lebih baik dan sukar buat pemainnya.
Pada masa sama Cheng Hoe menggambarkan aksi menentang juara bertahan itu sebagai satu pertempuram yang amat sukar biarpun anak-anak buahnya telah mencuba yang terbaik untuk mencabar Vietnam di dalam gelanggang.
Kekalahan pertama skuad kebangsaan itu menyebabkan mereka tiada jalan lain selain perlu menang pada perlawanan terakhir menentang Indonesia pada 19 Disember nanti seandainya berhasrat ingin melangkah ke pentas separuh akhir.









Add Comment