Oleh : SUBKHI SUDARJI
KETUA Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo enggan memikirkan pasukannya dilabel sebagai calon juara dalam kejohanan Piala AFF 2020 susulan kejayaan membenam cabaran Malaysia, 3-0 pada aksi Kumpulan B, malam tadi.
Tegasnya, aksi menentang Harimau Malaya sentiasa sukar buat pasukannya namun kemenangan pastinya sesuatu yang mengembirakan dirinya serta pemain.
“Saya percaya pada pemain saya dan saya berpuas hati dengan kemenangan itu tetapi sama ada ini menjadikan kami pilihan sekarang bukanlah sesuatu yang boleh saya jawab.
“Cara orang melihat pasukan kami adalah sesuatu yang akan kami serahkan kepada orang lain,” ujarnya yang membimbing skuad Naga Emas Golden merangkul kejuaraan 2018.
Pada perlawanan yang sememangnya dinantikan, Malaysia dihukum kerana gagal menyesuaikan diri dengan permainan intensiti tinggi apabila Vietnam membolosi gawang pasukan negara dua kali dalam jarak empat minit pada babak pertama sebelum memperoleh gol ketiga dalam minit-minit terakhir sebelum wisel penamat ditiup.
Add Comment