Bola Sepak

Zainal Abidin kekal bimbing Melaka United FC


Oleh : SUBKHI SUDARJI

STATUS kedudukan pengendali Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan sama ada dikekalkan atau sebaliknya, semakin terjawab apabila beliau dijangka akan kekal menerajui skuad Hang Tuah pada musim depan.

Perkembangan terbaharu ini berikutan bekas pemain kebangsaan dan pemain Selangor serta Pahang era 80 dan 90-an itu akan mengadakan perbincangan hala tuju pasukan 2022 dengan pengurusan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) minggu depan.

Ujar Zainal kepada CAKAPSUKAN, perbincangan ini menjurus kepada pemilihan pemain dan perancangan 2022 yang pastinya semakin mencabar.

“Alhamdulillah saya akan düdük berbincang dengan pengurusan MUFC minggu depan. Buat masa ini semua pemain masih diberikan cuti, saya ada mendengar khabar mengenai peranan saya akan dikekalkan.

“Perlu duduk semeja dan adakan perancangan untuk tahun depan mengenai pemain-pemain yang akan dibawa masuk atau yang ingin kita kekalkan,” katanya ditemui pada perlawanan amal bersama pasukan Yakult All Star menentang Harimau Pekak Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, semalam.

Prestasi Zainal Abidin bersama MUFC musim ini khususnya dalam saingan Piala Malaysia begitu cemerlang apabila berjaya membimbing pasukan melangkah ke pusingan separuh akhir.

Kejayaan tersebut itu juga menamatkan penantian 38 tahun pasukan Melaka United FC dalam saingan Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC dengan agregat 3-1.

Kali terakhir Melaka United FC yang dulu dikenali Melaka FA ke pentas separuh akhir Piala Malaysia ialah pada 1983 dimana pada tahun tersebut mereka turut bergelar selaku juara Liga Perdana.

Membimbing Selangor, Pahang, Shahzan Muda FC  dan Pulau Pinang bermula 2000 hinggalah 2018 sebelum meneruskan karier selaku jurulatih di Melaka United pada 2019.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: