
Foto: JDT
HAMPIR setiap tahun selepas tamat Liga Malaysia, pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjemput wakil-wakil media daripada Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menyertai perlawanan persahabatan bola sepak.
Tidak ketinggalan tahun ini, Tunku Ismail turut menganjurkan perlawanan persahabatan ini, dan lebih menarik ia turut disertai oleh bekas-bekas pemain bola serta kakitangan Stadium Sultan Ibrahim.
Perlawanan yang disertai hampir 50 pemain itu turut disertai Shukor Adan, Hairuddin Omar, Stanley Bernard, Asmawi Bakiri, Shahrom Kalam dan ramai lagi, manakala wakil media pula daripada Cakap Sukan, Utusan Malaysia, TV3, Astro Arena, MFL, serta Berita Harian.
Manakala pasukan pilihan TMJ pula dibarisi Amri Yahya, Safee Sali, Safiq Rahim serta beberapa lagi bekas pemain kebangsaan.
Perlawanan tersebut menyaksikan keputusan memihak kepada pasukan pilihan TMJ.

Realitinya, selain menjulang pelbagai kejayaan, mengumpul trofi serta bergelar pasukan paling berjaya di Malaysia Tunku Ismail tidak pernah melupakan pihak media yang sering menjadikan arena bola sepak tanah air lebih meriah dengan pelbagai kisah pahit, manis atau kontroversi pasukan JDT.
Add Comment