Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Kemenangan ke atas Malaysia satu sejarah – Xuan Truong


Barisan pemain Vietnam menjalani latihan menjelang aksi menentang Malaysia malam ini. (Foto : VFF)

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMAIN tengah Vietnam, Luong Xuan Truong membayangkan kemenangan ke atas Malaysia pada malam ini adalah satu sejarah bermakna buat pasukan apabila kedua-dua pasukan bakal turun beraksi dalam Kumpulan B, Piala AFF 2020 di Stadium Bishan malam ini

Jelasnya, pertembungan awal ini bakal menjadi ujian terbaik bagi mempertahankan kejuaran dan dianggap kemuncak aksi peringkat kumpulan.

“Boleh dikatakan ini seperti perlawanan akhir peringkat kumpulan dan jika kami mahu menjadi juara kami perlu mengatasi cabaran ini.

“Kami tahu ia akan menjadi sukar tetapi jika kami mahu pergi lebih jauh, inilah yang perlu kami lakukan.”

“Ini akan menjadi ujian yang baik untuk kami jika kami mahu mempertahankan kejuaraan dan ia adalah kemuncak peringkat kumpulan,” katanya.

Xuan Truong berkata, selepas melalui aksi mengecewakan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022, dia dan rakan sepasukan kini memberikan fokus sepenuhnya pada saingan Piala AFF 2020.

“Kami tidak mendapat keputusan seperti yang kami inginkan dalam kelayakan Piala Dunia jadi itu merupakan cabaran mental yang perlu kami atasi tetapi sekarang kami perlu fokus kepada Malaysia dan kami tahu mereka mempunyai banyak kekuatan, terutama dalam tiga hadapan.

“Ini bermakna kami perlu fokus untuk bertahan dengan baik tetapi juga bermain pantas. Semua orang tahu kami melakukan serangan balas jadi itu salah satu pilihan untuk menghalang mereka.” jelasnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading