Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Indonesia mudah atasi Laos


Oleh : SUBKHI SUDARJI

INDONESIA merampas kedudukan selaku peneraju Kumpulan B dari Malaysia selepas meraih kemenangan kedua mengatasi Laos, 5-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura petang tadi.

Selepas berakhirnya dua perlawanan, Indonesia meraih enam mata dan memilik kelebihan jaringan dengan Harimau Malaya namun kedudukan ini dijangka berubah apabila skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bakal turun beraksi pada perlawanan ketiga menentang Vietnam, sebentar sahaja lagi.

Pada perlawanan yang berlangsung petang tadi, Indonesia dipaksa bekerja keras pada separuh masa pertama apabila hanya berjaya mendahului Laos, 2-1 hasil jaringan Asnawi Mangkualam pada minit ke- 23 dan Irfan Jaya (m-34) sebelum Laos merapatkan jurang hasil jaringan Kydavone Souvanny pada minit ke-41.

Separuh masa kedua mula memperlihatkan penguasaan Sang Garuda apabila menambah tiga lagi gol menerusi Witan Sulaeman minit ke-56, Ezra Walian (m-77) dan Evan Dimaz minit ke-84 untuk memastikan kemenangan mutlak Indonesia.

Selepas ini Indonesia bakal menentang Vietnam pada 15 Disember sebelum mengakhiri aksi kumpulan bertemu Malaysia selang empat hari kemudian.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading