
TUMPUAN aksi akhir Tinju Piala Malaysia 2021 yang bakal berlangsung petang ini pastinya tertumpu kepada Mohd Helmi Chieng Mohd Firdaus Chein.
Petinju dari Sarawak yang tampil buat kali pertama dalam kejohanan ini mencuri tumpuan selepas menewaskan petinju pilihan kategori 71 kilogram (kg) Adli Hafidz Mohd Fauzi (WP) pada saingan separuh akhir semalam (Jumaat).

Mohd Helmi Chieng bakal berdepan dengan wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mohd Firdaus Kamarulzaman dalam aksi penentuan juara bermula pukul 5 petang ini di Komples Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Nilai.

Sementara itu, ATM menguasai hampir semua 17 kategori yang dipertandingan dengan mara ke final petang ini.
Jadual final:
Add Comment