
Oleh : SUBKHI SUDARJI
MALAYSIA mempunyai peluang yang cerah untuk merangkul gelaran emas pada acara gusti lengan apabila bakal dipertandingkan buat kali pertama pada Sukan SEA Kemboja 2023.
Presiden Persekutuan Gusti Lengan Malaysia (MyArm), Mohd. Zil Fadli Abd. Halim berkata, ketika ini Malaysia bersama Persekutuan Gusti Lengan Kemboja yang merupakan tuan rumah pada temasya dwi tahunan itu telah mengadakan perbincangan awal untuk membida agar dipersetujui.
“MyArm juga membantu menubuhkan Persekutuan Gusti Lengan Kemboja selain menyokong penyertaan mereka sebagai ahli gabungan Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa (IFA). Saya akan adakan perbincangan dengan Kemboja, mungkin pada awal tahun depan.
“Presiden Persekutuan Gusti Lengan Kemboja merupakan pegawai kanan Jawatankuasa Olimpik negara itu.
“MyArm dan rakan-rakan badan induk negara jiran katanya, seperti Indonesia, Brunei, Filipina dan Singapura akan cuba membida kepada Kemboja untuk menjadikan gusti lengan sebagai sukan berpingat Sukan SEA 2023,” katanya pada sidang media Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan 2021 yang akan diadakan bermula esok.
Tambahnya lagi, di rantau Asia Tenggara, Malaysia boleh dianggap kuasa utama gusti lengan dan dicabar negara-negara seperti Filipina, Thailand dan Singapura dalam kategori-kategori berat badan tertentu.





Add Comment