Lain-Lain

Rifdean berjaya lunas ‘dendam’, rangkul juara dunia Muay Thai


Rifdean (kanan) berjaya merangkul juara kategori 48 kg. Foto: TEAM MALAYSIA

ATLET Muay Thai negara, Rifdean Masdor berjaya muncul juara pada Kejohanan Muay Thai Dunia di Thailand.

Rifdean menewaskan atlet tuan rumah Naruephon Chittra yang juga juara dunia bagi kategori 48 kilogram.

Atlet berusia 19 tahun Program Podium Majlis Sukan Negara (MSN) itu layak ke final selepas lawannya dari Sri Lanka menarik diri sebelum ini.

Perlawanan pada Sabtu mengulangi pertembungan kedua-dua atlet itu pada pusingan akhir Kejohanan Muay Thai Dunia 2019 yang menyaksikan Mohamad Rifdean meraih perak apabila kalah tipis satu mata kepada lawannya itu.

Kemenangan ini menyaksikan skuad Muay Thai Malaysia yang berentap pada Kejohanan Muay Thai Dunia 2021 ini berjaya merangkul empat pingat emas termasuk menerusi Texas Jeremy Lo (J12-13 Remaja 44 kg), Ahmad Akid Mohd Nazrul Hisyam (J12-13 Remaja, 54 kg) dan Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar (J11-13 Remaja, 32-36 kg).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: