
Foto: KHAIRUL AKMA
PETINJU dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Khir Akyazlan merangkul gelaran juara kategori 80 kilogram pada aksi akhir Tinju Piala Malaysia 2021 di Kompleks Sukan Majlis Sukan Malaysia (MSN) pada Sabtu.
Khir menewaskan lawannya dari Johor , Khausal meraih perak manakala gangsa dirangkul petinju dari Kedah Rafael Mikael.

Sementara itu, kategori yang turut menjadi tumpuan acara 71kg yang menyaksikan petinju pilihan Mohd Helmi Chieng Mohd Firdaus Chein tewas kepada petinju ATM Mohd Firdaus.

Helmi sebelum ini membuat kejutan dengan menewaskan petinju profesional Adli Hafidz Mohd Pauzi dalam aksi separuh akhir semalam (Jumaat).
Bagi kategori 92kg, R.Indran juga dari ATM merangkul pingat emas selepas menundukkan Muhammad Syahrimah Zahar.
Add Comment