Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Harimau Malaya sedia tamatkan kekecewaan


Oleh : SUBKHI SUDARJI

HARIMAU Malaya bersedia menamatkan kekecewaan ditangan Vietnam apabila bakal berdepan lawan pada aksi ketiga Kumpulan B, Piala AFF 2020, malam esok.

Pengendalinya, Tan Cheng Hoe berkata, skuad bimbingannya kini mempunyai segala yang diperlukan untuk melakar keputusan positif menentang lawan yang juga merupakan juara bertahan pada perlawanan yang  akan berlangsung di Stadium Bishan.

“Kami tidak mendapat keputusan yang baik menentang Vietnam sejak kebelakangan ini…Sudah tentu, mereka (Vietnam) mempunyai skuad dan pemain yang bagus tetapi yang paling penting, kami mempunyai strategi dan perancangan kami menentang Vietnam

“Ia sentiasa sukar untuk menjaringkan gol menentang mereka tetapi kami perlu mencari jalan dan cara untuk mendapatkan keputusan yang positif dan diharapkan anak-anak lelaki saya boleh mengalami detik mengejutkan kali ini,” katanya pada sidang media pra-perlawanan maya hari ini.

Kali terakhir Malaysia berjaya menewaskan skuad Naga Emas adalah pada pertemuan separuh akhir 2014 dengan agregat 5-4 (tewas 1-2 di Shah Alam sebelum bangkit 4-2 di Hanoi).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: