Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Terima kasih ALLAH – Safawi


Oleh : SUBKHI SUDARJI

“TERIMA Kasih ALLAH”, itulah kata-kata diungkapkan Safawi Rasid selepas dia kini dilihat kembali ke prestasinya apabila meledak hatrik membantu kemenangan Malaysia, 4-0 mengatasi Laos, sebentar tadi.

Tegasnya, dia tidak pernah meletakkan dirinya sebagai seorang bintang dan kejayaan hari ini adalah hasil usaha bersama Jurulatih dan rakan sepasukan.

“Terima kasih ALLAH kerana bagi saya jalan untuk kembali ke prestasi sebenar, saya perlu teruskan ke hadapan dan terus bersama untuk perlawanan akan datang,” ujarnya pada sidang media secara maya, selepas perlawanan.

Pada perlawanan sebentar tadi, Safawi meledak tiga gol (m-7, m34 dan 79) selain Shahrul Saad turut menyumbang satu gol buat Harimau Malaya (m-77).

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading