Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Indonesia mudah benam Kemboja


Oleh : SUBKHI SUDARJI

NAIB juara Piala AFF 2016, Indonesia meraih tiga mata penuh selepas mengatasi Kemboja, 4-2 pada aksi Kumpulan B, Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.

Tiga mata diraih memastikan mereka menghuni tangga kedua Kumpulan B dibelakang Malaysia, manakala juara bertahan Vietnam ditangga ketiga dengan perbezaan jaringan selepas atau perlawanan.

Turun buat kali pertama pada temasya kali ini berbanding Kemboja yang telah beraksi dua kali, skuad bimbingan Shin Tae-Yong mempamerkan aksi agresif sebaik sahana wisel perlawanan ditiupkan pengadil.

Skuad yang mendapat jolokan Sang Garuda tidak menunggu lama untuk mendahului lawan apabila Rachmat Irianto meledak gol pertama perlawanan pada minit ke-4 sebelum bekas pemain Selangor FC, Evan Dimas menggandakan kelebihan jaringan pada minit ke -17 untuk gol kedua.

Indonesia semakin selesa dihadapan apabila Irianto sekali lagi mencetakkan nama selaku penjaring gol ketiga pada minit ke 33 namun Kemboja berjaya merapatkan kedudukan hasil tandukan Yue Safy ketika perlawanan berbaki lapan minit untuk ditamatkan separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, giliran Ramai Rumakiek menjaringkan gol keempatnya buat pasukan selepas sembilan babak bersambung sebelum Park Mony Udom menjaringkan gol kedua Kemboja pada minit ke-60 dan keputusan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading