Bola Sepak

MyArms taja sepenuhnya juara


Zil Fadli (depan,dua kanan) bersama penaja dan sebahagian peserta yang bakal menyertai kejohanan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

JUARA Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan bakal menerima tajaan penuh daripada Persekutuan Gusti Lengan Malaysia (MyArms) untuk beraksi di Piala Dunia yang dijadual berlangsung di Kuching, Sarawak, Mac tahun depan.

Presiden MyArms, Mohd Zil Fadli Abd Halim dengan kejohanan kebangsaan yang dijadual berlangsung di Hub Rekreasi Tropicana Aman Teluk Panglima Garang, Selangor Sabtu ini bakal mempertandingkan 42 kategori.

” Kejohanan kali ini disertai lebih 200 peserta dengan beberapa nama seperti penyandang juara 95 kilogram (kg), Jake Chia bakal mempertahankan gelarannya dan merupakan penganjuran pertama yang diadakan selepas lama tertangguh ekoran Covid-19.

“Setiap pemenang kejohanan kebangsaan akan layak untuk mewakili Malaysia ke Piala Dunia dan akan ditaja sepenuhnya,” katanya dalam sidang media kejohanan kebangsaan, hari ini.


Add Comment

Click here to post a comment