Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Billy perlu diawasi – Apek


Apek mahu benteng sentiasa memberikan tekanan dan perhatian kapada pergerakan Billy.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENYERANG tinggi lampai Laos, Billy Ketkeophomphone yang beraksi di liga kedua Perancis bersama kelab, USL Dunkerque memiliki kualiti tersendiri dan harus diberi perhatian penuh oleh barisan pertahanan.

Penjaga gawang Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat berkata, dia mengharapkan rakan sepasukan khususnya benteng pertahanan perlu merantai ketat pemain ini pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Bishan, esok.

“Kita tahu kualitinya, jadi kami semua kena berwaspada dengan pemain utama Laos. Jurulatih Tan Cheng Hoe) pun ada maklumkan dan tunjuk video cara Laos bermain, apa yang kami dapat itu, kami kena gunakan dalam padang nanti.

“Sudah tentu kami inginkan kemenangan untuk kutip mata penuh, misi utama adalah dapat tiga mata. Bagi saya sendiri mahu pastikan gawang tidak dibolosi dan pemain lain pula pasti mahu mendapatkan jaringan,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Pada masa sama, Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek menegaskan bahawa dia dan rakan sepasukan tidak boleh memandang mudah kemampuan Laos walaupun Harimau Malaya dianggap sebagai pilihan untuk memenangi perlawanan itu.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: