
Oleh : SUBKHI SUDARJI
DUA gol dalam tempoh tiga minit memastikan tiga mata penuh buat Singapura selepas berjaya menewaskan Filipina, 2-1 pada aksi Kumpulan A, Piala AFF 2020 di Stadium Nasional Singapura, sebentar tadi.
Kemenangan ini juga meletakkan tuan rumah selaku peneraju kumpulan selepas dua perlawanan meraih enam mata penuh manakala Filipina yang kali pertama turun pada kejohanan ini tanpa sebarang mata.
Gol tuan rumah diperolehi menerusi jaringan Ketua pasukan, Harris Harun pada minit ke-61 sebelum Faris Ramli menggandakan kelebihan berselang dua minit kemudian.
Filipina yang cuba bangkit memburu gol berjaya merapatkan jurang menerusi tandukan Amin Nazari pada minit ke-69 namun usaha mereka untuk memdapatkan gol penyamaan tidak kesampaian sehingga tamat perlawanan dengan keputusan memihak Singapura.
Sementara itu satu lagi perlawanan dalam kumpulan yang berlangsung lebih awal membabitkan aksi Myanmar menentang Timor Leste memihak Myanmar dengan keputusan 2-0 mengatasi Timor Leste.
Gol Myanmar dijaringkan Thang Paing pada minit ke -14 dan Maung Maung Lwin lima minit selepas babak kedua bersambung.






Add Comment