Oleh : SUBKHI SUDARJI
JURULATIH Kemboja, Ryu Hirose menyifatkan kekalahan 1-3 skuad bimbingannya kepada Malaysia sesuatu yang mengecewakan namun pada masa sama mengambilnya sebagai satu keputusan positif.
Tegasnya, bermain dengan baik dan mengawal permainan menerusi beberapa gerakan berdepan pasukan kuat seperti Malaysia adalah perkembangan baik buat pasukan.
“Ia satu kekalahan yang mengecewakan tetapi saya fikir kami bermain dengan baik dan boleh mengekalkan bola dengan baik menentang lawan yang kuat seperti Malaysia.
“Jelas sekali kami tidak akan berputus asa dan kami melihat banyak mata yang baik semasa perlawanan di mana kami boleh mengekalkan prinsip asas kami untuk mengekalkan penguasaan bola yang merupakan sesuatu yang kami tidak mampu lakukan sebelum ini,” ujarnya dipetik menerusi laman web AFF 2020.
Pada perlawanan malam hadi, Kemboja yang dibarisi pemain muda dilihat mampu menghadirkan beberapa serangan berbahaya buat kem Malaysia namun ketumpulan tentera serangan menafikan impian Angkor Warriors untuk meraih gol lebih awal.
Kemboja memperolehi gol saguhati pada lewat permainan menerusi pemain gantian Rosib menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-91 untuk keputusan penuh 1-3.
Add Comment