Bola Sepak

Harimau Kumbang kekalkan trio import Brazil


Anselmo Arruda Da Silva (Casagrande)

Oleh: AMMAR HAZIQ / Foto: PENANG FC

PRESTASI cemerlang yang ditunjukkan tiga import Brazil iaitu Anselmo Arruda Da Silva (Casagrande), Rafael Vitor Santos De Freitas dan Endrick Dos Santos Parafita pada saingan Liga Super 2021 menyaksikan Penang FC terus mengekalkan khidmat mereka bagi saingan musim 2022.

Perkara tersebut diumumkan oleh kelab tersebut melalui Facebook rasminya sekaligus melenyapkan kerisauan penyokong Harimau Kumbang selepas 18 pemain mereka pada musim 2021 dilepaskan oleh pasukan tersebut.

Cakap Sukan sebelum ini melaporkan Penang FC mengumumkan seramai 18 pemain pasukan tersebut musim 2021 sah meninggalkan pasukan tersebut setakat Sabtu.

Pemain-pemain yang sah meninggalkan Harimau Kumbang adalah Sheriddin Boboev, Ryuji Utomo, Samuel Somerville, Amer Azhaar, Al-Hafiz Harun, Azmer Aris, Khairu Azrin, Quentin Cheng dan D. Saarvindran.

Endrick Dos Santos Parafita

Turut meninggalkan pasukan tersebut adalah Suwarnaraj, David Rowley, Azwan Aripin, Bryan See, Asyraff Omar, Wan Mohd Faiz, Afif Azman, Marcus Mah dan Fauzan Fauzi.

Jumlah pemain yang tidak disambung kontrak tersebut juga membabitkan kidmat pemain import bagi kuota Asia dan Asean pula iaitu Sherridin dari Tajikistan dan Ryuji (Indonesia).

Pengurusan Penang FC dalam reaksi kepada Cakap Sukan berkata, pihaknya memberikan penghargaan tinggi kepada kedua-dua pemain import tersebut yang telah membantu Harimau Kumbang untuk berada di tangga ketiga Liga Super pada musim ini.

Prestasi tersebut dianggap sebagai membanggakan pada penampilan pertama mereka di pentas liga super 2021 selepas kembali ke saingan elit negara setelah muncul Juara Liga Premier 2020 pada 2020.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: