Bola Sepak

Sri Pahang FC lepaskan 14 ‘ayam tambatan’


Azam Aziz (kiri) antara pemain yang dikekalkan bagi mengharungi musim 2022.

SRI PAHANG FC melakukan rombakan besar-besaran dalam pasukan bagi mengharungi musim 2022 selepas melepaskan 14 pemain utama.

Mereka terdiri sembilan pemain tempatan dan lima pemain import yang sama-sama membantu pasukan memastikan Tok Gajah terus dalam saingan Liga Super 2022.

Menerusi laman rasmi FB pasukan,  Sri Pahang FC merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada 14 pemain yang tidak lagi akan bersama pasukan bagi mengharungi musim baru Liga Malaysia.

Muslim yang menjadi tunjang di benteng pertahanan sejak lima tahun lalu mengemudi kini perlu mencari haluan baharu.

“Faisal Rosli yang merupakan pemain paling lama dalam pasukan dan satu-satunya anggota skuad juara Piala Malaysia 2014 yang kekal setia akan membawa haluan berbeza selepas 9 tahun menabur bakti.

“Begitu juga dengan penjaga gol Helmi Eliza yang telah bersama pasukan sejak 2016, walaupun pada usia diklasifikasikan sebagai veteran Helmi tetap diberi kepercayaan sebagai penjaga gol utama dan telah menjadi antara tonggak di barisan belakang.

“Kelibat Muslim Ahmad juga pastinya dirindui, setelah menjadi tunjang di benteng pertahanan sejak lima tahun lalu mengemudi benteng dengan penuh yakin, dan memakai lilitan kapten di lengan pada tahun ini, akhirnya tiba masa untuk Muslim mencari angin baru,” jelasnya.

Turut dilepaskan adalah Fazly Mazlan yang kembali ke pangkuan Johor Darul Takzim setelah kontrak pinjamannya tamat manakala pemain muda Zazrir Naim pula telah menerima tawaran menyertai Pusat Latihan Polis (Pulapol).

“Ezanie Salleh, Arisazri Juhari, Hazri Rozali dan Faizal Rani, walaupun kurang membuat penampilan, terima kasih kerana telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar Sri Pahang.

Keputusan melepaskan Hidalgo pastinya mengejutkan peminat pasukan.

“Turut tidak bersama pasukan adalah lima pemain import iaitu Herold Goulon, Abubakar Yakubu, Kenjok Wal Athiu, Manuel Hidalgo dan Aung Kaung Mann,” katanya.

Tiga tahun bersama pasukan, Herold Goulon telah memenangi hati penyokong dengan menjadi jantung di pertahanan pasukan malah turut menjaringkan gol-gol penting.

“Hidalgo, Kaung Mann, Abubakar dan Kenny meskipun dibawa masuk pada pertengahan musim dan sempat bersama hanya untuk beberapa bulan, impak yang anda bawa untuk membantu pasukan keluar dari zon penyingkiran tetap kami hargai.

“Sekali lagi, kepada semua 14 pemain ini, terima kasih diucapkan kerana telah memberi komitmen dan berjuang sepenuh hati sepanjang menyarung jersi Sri Pahang, kami ucapkan semoga terus berjaya bersama pasukan baru,” tegasnya.

Segala keringat yang dicurahkan untuk skuad tok gajah, akan tetap terpahat selamanya dalam kenangan!


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: