
Oleh : SUBKHI SUDARJI / KHAIRUL AKMA
SKUAD Harimau Malaya yang dibarisi 24 pemain terbaik telah berlepas ke Singapura bagi memburu kejuaraan Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadualkan bermula 5 Disember hingga 1 Januari 2022.
Barisan pemain dan kejurulatihan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 1015 pagi dan berlepas dengan menaiki pelawat MH0603 jam 12.20 dengan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, sejam kemudian.
Setibanya di Changi, barisan pemain, jurulatih dan pengurusan Harimau Malaya akan menjalani swab test terlebih dahulu sebelum bergerak ke hotel penginapan pasukan.
Barisan pemain dan pengurusan akan ditempat secara berasingan di hotel berkenaan dan hanya akan dibenarkan menjalani latihan seandainya keputusan swab test yang diperolehi negatif.
Untuk kejohanan kali ini, pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyenaraikan seramai 24 pemain untuk menggalas cabaret pada kejohanan tersebut.
Kejuaraan Piala AFF dijadual berlangsung dari 5 Dis hingga 1 Jan tahun depan dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.
Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja, diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.
Berikut jadual perlawanan Kumpulan B yang bakal dihadapi skuad Harimau Malaya:
Isnin, 6 Disember 2021
KEMBOJA lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang
Khamis, 9 Disember 2021
MALAYSIA lwn LAOS di Stadium Bishan, Singapura, 5.30 petang
Ahad, 12 Disember 2021
VIETNAM lwn MALAYSIA di Stadium Bishan, Singapura, 8.30 malam
Ahad, 19 Disember 2021
MALAYSIA lwn INDONESIA di Stadium Nasional, Singapura, 8.30 malam
SEPARUH AKHIR: 22 & 23 Disember 2021 dan 25 & 26 Disember 2021 di Stadium Nasional, Singapura
FINAL: 29 Disember 2021 dan 1 Januari 2021 di Stadium Nasional, Singapura
SELAMAT MAJU JAYA BUAT HARIMAU MALAYA, DEMI LENCANA DIDADA










Add Comment