Bola Sepak

Amri, Thanabalan kekal bersama Sabah FC 2022


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee terus menagih khidmat dan pengalaman pemain senior, Mohd Amri Yahyah untuk terus dekal mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Menerusi perkongsian dilaman rasmi pasukan, selain Amri, 41 , Sabah FC juga memaklumkan penyerangnya N Thanabalan untuk terus kekal.

Turut diumumkan pemain baharu Sabah FC bekas pertahanan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Mohd Rizal Ghazali, bekas penjaga gol Negeri Sembilan FC, Damien Lim dan bekas pemain pertahanan Sarawak United, Mohd Badrul Affendy Mohd Fadzli.

Rizal, 29, adalah pemain skuad kebangsaan yang bermain di posisi pertahanan kanan manakala Damien, 24, sebelum ini menjadi sandaran utama pasukan Negeri Sembilan FC yang berjaya menjuarai Liga Premier 2021.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: