Bola Sepak

Alex masih Hijau Kuning


Alex kekal bersama KDA FC mengharungi musim 2022.

JODOH pemain tengah Kedah Darul Aman FC, Azammuddin Mohd Akil bersama pasukan masih panjang apabila diumumkan sebagai pemain skuad hijaukuning di musim 2022.

Pemain berumur 36 tahun dan disapa sebagai Alex dan cukup dikenali ketika zaman kemuncaknya dan telah bersama Lang Merah sejak musim 2019.

Menerusi perkongsian laman rasmi pasukan, Alex dilihat antara watak utama skuad hijaukuning dimana kelibat beliau antara watak penting dalam perlawanan menghasilkan 3 mata buat Kedah.

Episod kecederaan Achilles yang hampir membuatkan beliau menggantung but, pasukan Kedah memberi harapan, menaruh keyakinan dan telah memberi sinar untuk beliau kembali bangkit menabur bakti bersama skuad hijaukuning, antaranya menjuarai Piala FA 2019 bersama Kedah seterusnya membantu Kedah muncul Naib Juara Liga Super 2 musim berturut-turut.

Peranan Azammuddin di musim 2022 cukup besar, pengalaman sebagai pemain senior yang pernah beraksi di semua peringkat kejohanan yang mampu memberi tunjuk ajar kepada pemain muda Kedah.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: