Bola Sepak

‘Hilang di mata di hati jangan’, pantun Sanusi buat Bad


Muhammad Sanusi Md Nor

Oleh: AMMAR HAZIQ

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menulis serangkap pantun buat Ketua Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Baddrol Bakhtiar selepas pemain tersebut sah meninggalkan Hijau Kuning musim menyertai Sabah FC musim hadapan.

Pantun yang disampaikan oleh Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah itu mengambarkan kelibat dan jasa Baddrol Bakhtiar yang telah beraksi bersama gergasi bolasepak utara itu sejak 16 tahun lalu tidak akan luput dari hati semua penyokong pasukan tersebut.

“Pucuk pauh delima batu, Anak semilang di tapak tangan, Biar jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan,” tulisnya di Facebook pada Khamis.

Pantun tersebut mendapat reaksi lebih 2,000 netizen selain dikongsi sebanyak 43 setakat jam 4.30 petang.

“Terima kasih bb7.. Biar jasa jadi kenangan,” tulis seorang netizen, Hasnan Mdnor.

Pada Rabu, KDA FC pada Rabu mengesahkan ketua pasukannya, Baddrol Bakhtiar mengambil keputusan untuk tidak bersama pasukan tersebut selepas 16 tahun menabur bakti bersama Hijau Kuning.

Pasukan tersebut merakamkan ucapan penghargaan dan menerima keputusan pemain dengan hati terbuka selepas Baddrol memilih untuk membawa haluan berbeza pada musim 2022.

Hijau Kuning juga terpaksa melupakan khidmat pertahanan kentalnya, Mohd Rizal Ghazali yang memilih untuk bersama Sabah FC pada musim hadapan.

Rizal merupakan pemain skuad kebangsaan Malaysia yang bermain di posisi pertahanan kanan dan begitu sinonim bersama pasukan Kedah.

Pemain berusia 29 tahun ini telah merangkul beberapa kejayaan bersama pasukan Kedah, antaranya Juara Liga Perdana 2015, menjadi pemain terbaik ketika menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Juara Piala FA 2017 selain pernah beraksi untuk pasukan Perlis.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: