
Oleh : SUBKHI SUDARJI
HARIMAU Malaya terus diuji dengan kehilangan pemain selepas dua tonggak utama Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Kenny Pallraj terpaksa digugurkan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi.
Jika sebelum ini Darren Lok terpaksa digugurkan selepas mengalami kecederaan kini skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu terpaksa menempuhi kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang bermula 5 Disember hingga 1 Januari 2022.
“Kami mendapat laporan dari doktor perubatan pasukan (KL City FC) memaklumkan dua pemain ini mengalami kecederaan serius dan memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih.
“Akram mengalami kecederaan groin manakala Kenny pula kecederaan ligamen selepas beraksi pada pentas final malam tadi,” jelasnya ditemui ketika sesi latihan kem pusat Fasa 2 di Petaling Jaya, sebentar tadi.
Mengenai kemungkinan pemain baharu bakal dipanggil untuk menyertai pasukan, Cheng Hoe memaklumkan pemain sedia ada akan menggalas tanggungjawab berkenaan.
“Kita tidak akan memanggil pemain lain dan fokus dengan pemilihan pemain sedia ada yang boleh beraksi di posisi terbabit antaranya Baddrol Bakhtiar, Syafiq Ahmad dan pemain B22 tahun negara, Mukhairi Ajmal,” tegasnya.





[…] negara pula terpaksa diketepikan. Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe tampil memberitahu kepada Cakap Sukan berkenaan keadaan terkini Akram dan […]