Bola Sepak

Pemain ‘ke-12’ JDT tiba awal di Stadium Nasional Bukit Jalil


PENYOKONG – penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat mula memenuhi kawasan perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang sepak mula final malam nanti.

Tiba seawal jam 4 petang, rata-rata penyokong Harimau Selatan hadir secara berkumpulan dengan memakai jersi keramat mereka sebagai tanda sokongan buat pasukan.

Tinjauan CakapSukan mendapat penyokong JDT teruja dan tetap menaruh keyakinan mampu menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga.

Sebahagian penyokong-penyokong JDT tiba lebih awal di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berbeza dengan penyokong KL City FC pula yang seakan-akan tenggelam tanpa kelibat yang besar diluar perkarangan stadium.

Mungkin keadaan ini disebabkan penyokong The City Boys mengambil pendekatan akan hadir selepas waktu Magrib mahupun masih bekerja.

Apa pun kemeriahan tetap dirasai dengan normal baharu yang telah ditetapkan. Jangan lupa pakai pelitup muka sepanjang masa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: