Lain-Lain

Pasangan beregu boling wanita muncul juara IBF selepas 69 tahun


Michelle dan Periasamy (kanan) melakar sejarah boling negara di Dubai.

PASANGAN beregu boling wanita senior negara Sandrasegary Periasamy dan Michelle Wong berjaya melakar sejarah apabila pertama kali muncul juara pada Kejohanan Boling Persekutuan Antarabangsa (IBF) selepas 69 tahun.

Kejohanan ini pertama kali dianjurkan pada 1952 di Hamburg, Jerman dan pasangan beregu berpengalaman negara ini akhirnya mencapai impian mereka di Dubai pada 23 November lalu.

“Saya berbangga meraih pingat ini. Ia adalah impian saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, terutamnya kepada suami saya, jurulatih-jurulatih, kawan-kawan dan semua yang menyokong selama ini.

“Saya sangat menghargai semua pertolongan  dan sokongan yang diberi untuk mencapai kejayaan ini,” kongsi Michelle.

Manakala Periasamy memberitahu kemenangan ini adalah untuk negara.

“Terima kasih kepada smeua jurulatih, kawan-kawan. Kami Kami berjaya melakukan.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: