Lain-Lain

Aifa Azman rangkul trofi juara Skuasy Terbuka Malaysia


Aifa menewaskan pemain pilihan kelapan dari Mesir pada aksi akhir hari ini.

PEMAIN skuasy remaja negara Aifa Azman terus melakar kejutan dengan merangkul gelaran juara Skuasy Terbuka Malaysia 2021.

Bintang muda negara yang berusia 19 tahun ini menewaskan pemain di ranking kelapan dunia dari Mesir Salma Hany dengan keputusan 12-10, 11-8, 11-4.

Pemain kelahiran Kedah ini yang menyertai secara ‘wild card’ tampil dengan aksi matang sejak awal kejohanan berlangsung dengan menewaskan tiga pemain Mesir yang lain sebelum aksi akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.

Tanpa menghiraukan kedudukan rankingnya berada di nombor  ke-69 dunia, Aifa menunjukkan keyakinan dalam setiap pukulan dengan menewaskan lawannya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: