
PEMAIN skuasy sensasi remaja negara, Aifa Azman meneruskan rentak cemerlang dengan mara ke pusingan akhir Skuasy Terbuka Malaysia 2021.
Pemain yang kini berada di ranking ke-69 dunia itu mempamerkan permainan cemerlang mengejutkan pemain pilihan kelima kejohanan dan ke-19 dunia Danielle Letourneau 11-4,5-11,11-3 pada perlawanan separuh akhir semalam.
Pemain kelahiran Kedah berusia 19 tahun ini bakal bertemu bintang kelapan dunia dari Mesir Salma Hany selepas dia layak ke final dengan mudah mengalahkan pemain pilihan keempoat Hollie Naughton dari Kanada sebelum ini.
Sebelum ini, Aifa berjaya mengejutkan tiga pemain mesir, Mayar Hany (47 dunia), Yathred Adeb (31 dunia) dan Hana Ramadhan (35 dunia).
Sementara itu, bagi kategori lelaki menyaksikan juara bertahan Ng Eain Yeow gagal untuk mempertahankan gelaran juara selepas tewas ditangan pemain pilihan utama Miguel Rodriguez dari Colombia.











Add Comment