Lain-Lain

Kelayakan Kriket Piala Dunia T20 Wanita: Skuad negara pamer aksi terbaik


Skuad kriket wanita negara kini beraksi di pentas kelayakan Piala Dunia yang berlangsung di UAE.

PASUKAN kriket negara yakin mampu mempamerkan aksi terbaik pada saingan Kelayakan Piala Dunia ICC T20 Wanita (Asia) yang kini sedang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut penolong kapten pasukan Mas Elysa Yasmin Zulkifli, skuad negara kini memberi fokus seratrus peratus untuk cuba mendapatkan kedudukan terbaik bagi layak ke aksi Kejohanan Piala Dunia 2023 di Afrika Selatan.

“Aksi kelayakan ini bermula pada 22 November lalu, dan kami sudah pun mengharungi dua perlawanan, satu tewas kepada UAE dan satu menang ke atas Kuwait.

“Kami masih ada lagi tiga perlawanan selepas ini. Saya yakin rakan-rakan sepasukan akan memberi yang terbaik untuk mencatat kemenangan,” yang kepada Cakap Sukan.

Pemain berusia 20 tahun yang turut memenangi ‘Player of The Match’ ketika bertemu Kuwait memberitahu, dengan bantuan jurulatih Thusara Prabath Kodikara pastinya semua pemain dapat perbaiki kesilapan ketika bertemu tuan rumah Isnin lalu.

“Beberapa kesilapan yang menyebabkan pasukan Malaysia tidak berjaya untuk menang ketika itu.

“Saya harap kami akan bangkit dan nama Malaysia ke Piala Dunia akan datang,” jelasnya yang mula mewakili negara ke kejohanan WT20 ini pada tahun 2018.

Bagi saingan kelayakan Asia ini, sebanyak enam negara yang bertanding termasuk Malaysia iaitu UAE, Nepal, Hong Kong, Bhutan dan Kuwait.

Malaysia bakal meneruskan cabaran bertemu Hong Kong (25 Nov),Nepal (26 Nov) dan Bhutan 28 November ini.

Juara kumpulan akan layak ke aksi Piala Dunia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: