Lain-Lain

Skuasy Terbuka Malaysia: Harapan buat Aifa terus lakar kejutan


Aifa bakal beraksi dalam pusingan suku akhir pada Khamis.

PEMAIN skuasy muda negara negara Aifa Azman mempamerkan prestasi cemerlang dengan mara ke saingan suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia hari ini.

Aifa,19, pemain kelahiran Kedah ini yang bertanding menerusi tiket peluang khas menyingkir pemain pilihan ketiga Yathreb Adel 3-2 pada Rabu.

Kemenangan tersebut menyaksikan kejutan kedua daripada pemain di ranking ke-69 dunia ini dalam kejohanan berkenaan selepas seorang lagi pemain Mesir, Mayar Hany tewas di tangannya sebelum ini.

Namun, hari ini Aifa bakal berdepan dengan tugas berat menentang pemain ke-35 dunia Hana Ramadan juga dari Mesir yang telah menewaskan pemain ke-18 dunia dari Wales, Emily Whitlock untuk mara ke suku akhir.

Juara bertahan, Rachel Arnold juga mara ke suku akhir selepas menumpaskan pemain pilihan ketujuh Donna Lobban dari Australia.

Bagi kategori lelaki, pemain negara yang juga juara bertahan Ng Eain Yow turut mara ke saingan suku akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Ivan Yuen.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: