Lain-Lain

Sree terus memukau, rangkul trofi juara di Estonia


PELUNCUR ais muda negara, C.Sree Abiraame mempamerkan persembahan memukau dan berjaya merangkul Trofi Tallinn 2021 yang diadakan di Estonia pada Ahad.

Peluncur berusia sembilan tahun itu, berjaya mengumpul 23.49 mata untuk muncul juara dan mengetepikan tujuh peserta lain dalam acara luncur bebas kategori Cub B Perempuan.

Peluncur tuan rumah, Emilia Dratshenko menduduki tempat kedua dengan 23.33 mata manakala rakan senegaranya, Tatiania Izymnikova meraih tempat ketiga apabila mengumpul 21.77 mata.

Sebelum ini, Sree menduduki tempat kedua dalam kategori sama pada Piala Narva 2021 juga di Estonia.

Sree telah memenangi lebih daripada 50 pingat emas dalam pelbagai peringkat pertandingan, serta mengukir nama dalam Asia Book of Records (ABOR) sebagai Pemenang Pingat Termuda dalam Luncur Ais Antarabangsa pada 2019 dan Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Peluncur Termuda memenangi Kejohanan Luncur Ais ‘Skates Asia’ Wanita pada 2017. -Bernama


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: