PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dianugerahkan Ijazaah Kehormat Doktor (Pengurusan Sukan) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Sabtu.
Penganugerahan tersebut sempena Istiadat Konvokesyen Ke-22 yang dirasmikan Canselor UPSI, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kepimpinan UPSI di atas anugerah ini.
“Ia sudah tentu menjadi motivasi yang luar biasa untuk saya meneruskan komitmen dan dedikasi saya ke arah pembangunan sukan di negara ini.
“Apa yang kami capai bukanlah mudah dan ia adalah hasil kerja keras semua yang terlibat untuk memajukan lagi sukan di Malaysia,” kata Norza kepada Berita Harian.
Anugerah berkenaan adalah sebagai tanda penghormatan dan penghargaan di atas kepimpinan dinamik Norza dan sumbangannya kepada sukan negara dan antarabangsa.
Add Comment