Lain-Lain

Ahmad Faizal iktiraf pusat latihan Hidilyn, Atikah bakal berguru di Filipina


Ahmad Faizal melihat pingat emas yang dimenangi Hidilyn pada Sukan Olimpik Tokyo.

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Angkat Berat Kampung Kesang Tua, venue dimana telah membantu atlet Filipina, Hidilyn Diaz memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 Julai lalu.

Dalam lawatan tersebut, Ahmad Faizal mengiktiraf sumbangan pusat latihan di Kampung Kesang Tua itu dan akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membolehkan pusat latihan tersebut dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat khususnya di Negeri Melaka.

“Walau bagaimanpun, pusat latihan itu adalah menjadi milik persendirian.Jadi sudah tentu beberapa prosedur perlu terlebih dahulu dimuktamadkan,” jelas satu kenyataan MSN pada Isnin.

Hidilyn kini berada di Melaka sehingga 20 November ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pemilik pusat latihan dan masyarakat setempat yang menyediakan tempat untuk berlatih sekaligus membantunya meraih kejayaan menggondol pingat emas pertama buat Filipina pada temasya Olimpik Tokyo yang lalu.

Sementara itu, kejayaan Hidilyn juga menjadi inspirasi enam atlet remaja berusia antara 12 hingga 20 tahun yang turut menjalani latihan di tempat sama.

Ahmad Faizal telah mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Angkat Berat Kampung Kesang Tua.

Mereka adalah Atikah Mohamad Sobri, Ahmad Fadhil Ahmad Janius, Nur Batrisya Yaakop, Muhammad Daniel Yaakop, Muhammad Izzul Hakimi dan Nurul Syasya Khairina Samsur.

Hidilyn juga turut menjadikan Atikah Mohamad Sobri sebagai protegenya dan akan menjalani latihan tiga bulan di Filipina yang akan ditanggung sepenuhnya oleh Hidilyn.

Atikah merupakan pemenang pingat emas kategori 58 kilogram di Sukan Remaja Komanwel 2015 di Apia, Samoa.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d