Lain-Lain

Yayasan CIMB terus main peranan penting Program Pembangunan Skuasy Remaja


Azlan (dua kanan) pada majlis pelancaran Program Pembangunan Skuasy Remaja CIMB 2021. Foto: Twitter Azlan Iskandar

BEKAS pemain skuasy nombor satu negara, Azlan Iskandar meluahkan penghargaan kepada Yayasan CIMB yang terus memberi sokongan kepada Program pembangunan Skuasy Remaja Malaysia.

Azlan,39, yang pernah mengungguli ranking terbaik dunia sebelum ini berkongsi mengenai pelancaran program pada Rabu.

Jelasnya yang kini memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), sokongan berterusan Yayasan CIMB kepada skuasy Malaysia bagi program pembanguan remaja adalah sangat penting kepada semua pemain.

 

Seperti sedia maklum, penglibatan Yayasan CIMB dalam dunia sukan tanah air, termasuk program-program pembangunan skuasy memang sudah sinonim lebih sedekad yang lalu.

Program pembangunan skuasy remaja yang bermula sejak tahun 2006 ini telah melahirkan beberapa pemain bintang tanah air dan Asia pada tahun 2011 termasuk Andrea Lee (naib juara Asia bawah-13 perempuan), Mohd Fareez Izwan (juara Remaja Asia bawah 13 tahun), Mohd Hafi Zhafri (juara Terbuka Hong Kong), Mohd Syafiq Kamal (juara Asia bawah 15 tahun), Nazihah (ketiga Terbuka Britain), Ng Eain Yow (juara Terbuka Britain bawah 13 tahun lelaki), S.Sivasangari (juara Asia bawah 13 tahun perempuan).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: